fbpx

Nenek rugi RM10,000 ditipu lelaki menyamar ‘orang’ menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shaidah (kanan) dan Saamah menceritakan kejadian itu di kediaman mereka di Batu 8 Kampung Asahan, Kuala Selangor, hari ini.

KUALA SELANGOR – Dua warga emas yang merupakan ibu tunggal kerugian lebih RM10,000 selepas diperdaya seorang lelaki yang melarikan barang kemas dengan menyamar sebagai ‘orang’ menteri, baru-baru ini.

Nasib malang itu menimpa Shaidah Hamid, 71, dan Saamah Basri, 72, yang didatangi suspek kononnya diarahkan untuk menguruskan bantuan ketika berada di rumah di Batu 8 Kampung Asahan di sini, 16 Jun lalu.

Menurut Shaidah, ketika kejadian dia sedang berehat di luar rumah sebelum ditegur lelaki berusia dalam lingkungan 30-an yang menaiki Perodua Alza pada pukul 11 pagi.

“Lelaki itu kemudian mengaku sebagai ‘orang’ kepada seorang menteri dan mahu menguruskan bantuan makanan dan wang.

“Tanpa mengesyaki apa-apa, saya menaiki keretanya menuju ke rumah jiran (Saamah) yang terletak 100 meter bagi tujuan sama,” katanya ketika ditemui di rumahnya hari ini.

Jelas nenek kepada 30 cicit itu, mereka kemudian dibawa ke pekan Bestari Jaya yang didakwa ‘pejabat’ menteri tersebut.

“Setibanya di kawasan parkir, lelaki itu meminta supaya memberi kesemua barang kemas kononnya bagi proses timbangan nilai zakat.

“Saya menyerahkan seutas gelang tangan dan dua cincin serta kad pengenalan,” ujarnya.

Tambah Shaidah, dia dan Saamah yang turut menyerahkan seutas gelang tangan dan cincin kemudian diminta menunggu di sebuah restoran. Namun, kami curiga kerana lelaki itu masih tidak muncul selepas lebih sejam menanti.

“Saya terkejut dan segera menghubungi jiran untuk mengambil kami yang tiada sesen wang ketika itu,” katanya yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor hari sama.

Bagi Saamah yang juga nenek kepada 32 cucu, dia bersyukur mereka terselamat dan tidak diapa-apakan lelaki tersebut.

“Apa yang penting adalah nyawa dan mujur kami tidak ditinggalkan di hutan atau kawasan lain. Saya berharap orang ramai berwaspada bagi mengelak menjadi mangsa suspek yang licik dan pandai berkata-kata,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, lelaki tersebut ditahan pukul 4 petang semalam dan kes kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI