fbpx

Sektor swasta diseru beri peluang kerjaya kepada veteran ATM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARDI (dua dari kiri) menyampilkan Sijil Perhebat kepada salah seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Majlis Penyampaian Sijil Perhebat di Hotel Seri Malaysia, Johor Bahru, hari ini.

JOHOR BAHRU – Pemain industri swasta disaran memberi perhatian khas untuk veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan anak-anak yang berkelayakan dari segi penempatan pekerjaan terutamanya selepas mereka bersara daripada perkhidmatan.

Wakil Rasmi Panglima Briged Ketujuh Infantri Malaysia, Leftenan Kolonel Ardi Mat Zain berkata, perhatian khas itu tidak akan merugikan pihak swasta kerana veteran ATM generasi baharu memiliki pengalaman dan kepakaran yang tinggi dalam pelbagai bidang termasuklah sektor pembuatan makanan sehinggalah aero angkasa.

“Tentera yang bersara berumur antara 33 hingga 42 tahun dan dengan usia yang masih muda pastinya mereka mempunyai masa yang lama untuk menyumbang kepakaran dan pengalaman kepada majikan.

“Inilah platform terbaik untuk syarikat swasta membantu kerajaan hari ini, malah lebih penting sebagai tanda penghargaan tertinggi bagi membalas jasa pengorbanan tentera,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Penyampaian Sijil Perbadanan Hal Ehwal Bekas Tentera Malaysia (Perhebat) di Hotel Seri Malaysia di sini hari ini.

Dalam majlis berkenaan seramai lima pegawai dan 149 anggota yang bakal bersara menerima Sijil Perhebat yang telah tamat menjalani Latihan Peralihan sebelum menamatkan perkhidmatan dan menjalani kehidupan sebagai orang awam.

Ardi berkata, peranan Perhebat amat signifikan dalam mencorakan kerjaya kedua veteran tentera yang bakal bersara agar mereka bersiap siaga untuk melaksanakan apa jua perancangan kerjaya kedua.

Jelasnya, perangkaan jumlah anggota ATM yang memohon untuk mengikut Latihan Peralihan Perhebat melonjak dengan ketara iaitu sehingga Mei tahun ini sebanyak 91 peratus bersamaan 5,252 anggota memilih Perhebat berbanding latihan peralihan yang lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI