fbpx

UPSI tubuh Pusat Pengajian dan Perkhidmatan Pelajar di UAE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Md. Amin (lima kiri) menyerahkan dokumen (MoA) kepada Khaleed di Bangunan Canselori, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI di Tanjung Malim baru-baru ini.

TANJUNG MALIM – Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPE) baru-baru ini memeterai perjanjian persetujuan (MoA) dengan Middle East and Arab Centre for University Services (MEAC) dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi menubuhkan sebuah pusat pengajian di sana.

Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff berkata, langkah tersebut sekali gus membantu institusi pengajian tinggi tersebut melebarkan kecemerlangan akademik di peringkat antarabangsa.

“Jalinan kerjasama berkenaan dimeterai sebagai pembuka jalan meningkatkan petunjuk prestasi utama (KPI) pengantarabangsaan UPSI serta mengangkat nama universiti ini sebagai wakil Malaysia dengan menubuhkan Pusat Pengajian dan Perkhidmatan Pelajar (SSSC) di UAE.

“Bagi UPSI, ia merupakan satu pencapaian penting dalam membentuk masa depan universiti dan komitmen dalam mencapai aspirasi negara agar Malaysia menjadi hab pendidikan tinggi antarabangsa,” katanya ketika berucap pada majlis menandatangani MoA tersebut di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah di sini.

Pada masa sama, Md. Amin berkata, Pengarah Urusan MAEC, Dr. Khaled Alsaadi juga merupakan alumni UPSI dan kerjasama di jalin itu mampu meningkatkan lagi semangat dalam mempromosikan UPSI secara bersama.

Beliau berkata, ia merupakan satu titik perubahan yang mampu melonjakkan nilai UPSI dalam menonjolkan kepercayaan yang diberi bagi menubuhkan pusat pengajian di UAE.

“Penubuhan pusat baharu ini juga membolehkan kita berkongsi kepakaran tenaga kerja yang melibatkan kedua-dua buah institusi di kedua-dua negara,” jelasnya.

Ujar Md. Amin lagi, UPSI ketika ini mempunyai seramai 1,185 pelajar antarabangsa yang aktif, dengan FPE misalnya mempunyai jumlah pelajar antarabangsa semasa tertinggi iaitu seramai 255 orang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI