fbpx
Zambry (kiri) bersama Erol Ozvar pada Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Pendidikan Tinggi Malaysia-Turkiye di Bayan Lepas, hari ini. - Foto oleh DANIAL SAAD/ KOSMO!

Malaysia-Turkiye catat sejarah wujud institusi khas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) komited menjalinkan kerjasama dengan Turkiye dalam menubuhkan sebuah institusi khas yang dinamakan Institut Malaysia-Turkiye.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, pihaknya telah mengenal pasti dua lokasi pelaksanaanya iaitu di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Malaya (UM) manakala sebuah lagi di negara Turkiye.

Menurutnya, persetujuan penubuhan institusi pertama di negara ini dicapai menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Pendidikan Tinggi Malaysia-Turkiye yang diadakan di sini, hari ini.

“Universiti Malaya telahpun menandatangani persefahaman ini dan pihak Turkiye juga telahpun menyatakan kesediaan mereka untuk menyediakan sejumlah biasiswa kepada pelajar-pelajar Malaysia.

“Kita harapkan dengan adanya peluang ini (biasiswa), kita akan dapat menghantar lebih ramai pelajar ke sana,” katanya pada sidang akhbar selepas selesai mesyuarat tahunan bagi kedua-dua negara itu.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya juga akan mengenal pasti universiti terbaik di Turkiye bagi menempatkan pelajar Malaysia khususnya dalam bidang aeroangkasa, teknologi kejuruteraan dan pembangunan mampan.

“Pelajar-pelajar dari Majlis Amanah Rakyat (Mara) termasuk lepasan Maktab Rendah Sains (MRSM) antara yang berpotensi melanjutkan pengajian di universiti terbaik di Turkiye,” ujarnya sambil menyatakan seramai 272 pelajar Malaysia sedang menuntut di Turkiye.

Sementara itu, Presiden Majlis Pendidikan Tinggi Turkiye, Erol Ozvar berkata, pihaknya membuka peluang yang luas untuk pelajar Malaysia menuntut di universiti Turkiye dengan penawaran pelbagai bidang pengajian.

“Kami sebenarnya bukan sahaja buka pintu universiti malah hati kami juga terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN