fbpx

Detik balas dendam Red Giants

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KELANTAN yang berdepan isu dalaman bakal berdepan tugas sukar apabila diundi menentang JDT di saingan Piala Malaysia. - MFL

 

KUALA LUMPUR – Selangor menjadi pasukan tunggal daripada empat kelab teratas Liga Super yang akan berdepan tugasan getir di saingan Piala Malaysia apabila dijadualkan bertemu PDRM FC di pusingan 16 terbaik.

Kesempatan ini juga pastinya menjadi peluang terbaik buat Red Giants untuk tebus kecewa selepas dimalukan The Cops 1-0 pada aksi Liga Super, 3 Jun lalu.

Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) pula dijangka mudah untuk mara ke suku akhir apabila hanya akan menentang Kelantan yang kini dihimpit pelbagai isu dalaman.

Pada undian yang dilakukan sebentar tadi, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) akan menentang Perak dan dijangka akan menempah aksi dengan Sabah di suku akhir memandangkan The Rhinos berpeluang cerah untuk lepasi cabaran Kuching City.

Sri Pahang dan Terengganu hanya menanti dua wakil daripada Liga M3 manakala Kuala Lumpur City akan bertemu Penang.

Daripada format yang digunapakai oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL), kesemua perlawanan akan dilangsungkan secara timbal balik.

KEPUTUSAN UNDIAN PIALA MALAYSIA

JDT lwn Kelantan
Negeri Sembilan lwn Kelantan United
KDA FC lwn Perak
Sabah lwn Kuching City
Selangor lwn PDRM
KL City lwn Penang
Terengganu lwn wakil M3
Sri Pahang lwan wakil M3

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI