fbpx

Roland Garros: Muchova akui terkejut kalahkan Sabalenka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUCHOVA

PARIS – Pemain bukan pilihan, Karolina Muchova terus mempamerkan kejutan apabila mara ke final kejohanan bertaraf Grand Slam buat kali pertama dalam kariernya dengan menewaskan jaguh No. 2 dunia, Aryna Sabalenka pada saingan Terbuka Perancis kelmarin.

Pada aksi separuh akhir itu, Muchova yang menduduki ranking ke-43 dunia berjaya bangkit untuk menewaskan Sabalenka 7-6, 6-7, 7-5 sekali gus menempah tiket final bertemu pilihan utama, Iga Swiatek di Roland Garros malam ini.

Lebih menarik, Muchova berjaya me­ngatasi tekanan meskipun ketinggalan 2-5 pada set penentuan untuk merekodkan kemenangan dalam tempoh lebih tiga jam.

Pemain berusia 27 tahun itu mengakui seperti tidak percaya dengan apa yang berlaku ter­utama selepas kariernya sering dibelenggu kecederaan sebelum ini.

“Ini adalah keputusan luar biasa buat saya dan secara peribadi saya tidak tahu bagaimana boleh melakukannya (mara ke final). Salah satu sebab mungkin sokongan padu yang diberikan oleh penyokong memberikan saya kekuatan tambahan.

“Secara jujur, saya mende­ngar banyak pujian mengenai corak permainan saya yang begitu kompetitif sepanjang kejohanan ini, tetapi saya tidak mahu terlalu berpuas hati de­ngan prestasi semasa.

“Masih ada satu lagi perlawanan yang perlu saya hadapi dan harap keputusan positif dapat memihak kepada saya nanti,” katanya.

Muchova menjadi pemain bukan pilihan ketiga mara ke final selepas Jelena Ostapenko lakukan pada edisi 2017 dan Swiatek (2020) sebelum kedua-dua pemain tersebut berjaya menjulang trofi berprestij itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI