fbpx

Warga emas mengaku salah cuba bunuh budak lima tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ashaari (baju-t) ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Butterworth, hari ini. Foto SITI NUR MAS ERAH AMRAN / KOSMO!

SEBERANG PERAI – Seorang Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth, di sini, hari ini atas dua pertuduhan cubaan membunuh dan melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, 26 Mei lalu.

Tertuduh, Ashaari Othman, 71, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim, Zulhazmi Abdullah.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan cubaan bunuh dengan niat menyebabkan kematian ke atas kanak-kanak itu dengan cara memukul menggunakan kayu bersaiz 49 sentimeter (cm) di kawasan semak bersebelahan sebuah bengkel baiki kereta yang tidak bernombor di Kampung Permatang Keriang, Penaga, di sini pada 26 Mei lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum hingga 10 tahun serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa telah melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa kira-kira pukul 5 petang sehingga 8 malam di Eco Park Pantai Robina pada hari sama.

Pendakwaan dibuat mengikut mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak manakala tertuduh tidak diwakili peguam dan Zulhazmi menetapkan 6 Julai depan untuk sebutan kes.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret, Ashaari mengaku bersalah di hadapan Majistret Rosnee Mohd Radzuan atas pertuduhan menculik kanak-kanak itu kira-kira pukul 1 tengah hari di Taman Kuala Muda, Penaga pada 26 Jun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 363 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Asma’ ‘Amira Shahidani dan ketika prosiding, beliau meminta tiada jaminan ditawarkan susulan bimbang tertuduh akan menimbulkan bahaya kepada kanak-kanak tersebut kerana mangsa merupakan jirannya.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 11 Julai depan untuk sebutan semula kes tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI