fbpx
Pasukan penyelamat Thailand menjalankan usaha menyelamat di wilayah Xaisomboun, Laos. - Facebook

Bahana cari emas, 7 pelombong terkurung di dalam gua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Pasukan penyelamat Thailand menyertai misi menyelamat di Laos selepas tujuh pelombong terperangkap di dalam sebuah  gua  yang dimasuki air ketika mencari emas pada minggu lalu, lapor laman berita Thaiger. 

Seramai 10 pelombong dilaporkan memasuki gua yang terletak di daerah Longchaeng, wilayah Xaisomboun. 

Tiga individu berjaya menyelamatkan diri, manakala tujuh lagi terperangkap selepas hujan lebat menenggelamkan  laluan masuk dan keluar. 

Sebahagian gua itu juga dilaporkan runtuh akibat ribut petir, demikian menurut agensi berita TNN. 

Pihak berkuasa Laos meminta bantuan pasukan penyelamat Thailand kerana pengalaman dan kemahiran mereka dalam misi menyelamat di Gua Tham Luang, wilayah Chiang Rai. 

Pasukan penyelamat Thailand memberitahu stesen penyiaran Channel 7 bahawa akses ke kawasan perlombongan disekat oleh laluan sempit yang berukuran kira-kira 60 sentimeter lebar. 

Mereka terpaksa merangkak melalui terowong sejauh 100 meter dan pintu masuk gua untuk sampai ke kawasan perlombongan. 

“Paras oksigen yang rendah berhampiran pintu masuk gua dan air banjir menjadi halangan utama, menyebabkan perancangan rapi diperlukan demi menjamin keselamatan anggota-anggota penyelamat,” katanya. 

Selain mengepam air keluar dari gua sambil memantau keadaan cuaca, mereka juga memutuskan untuk tinggal di kem berhampiran bagi menjimatkan tenaga. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN