fbpx

Wanita UMNO seru ahli terima Kerajaan Perpaduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Reaksi ahli perwakilan Wanita UMNO semasa mendengar ucapan sayap Wanita oleh Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr Noraini Ahmad. -Foto AMIR KHALID/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Semua ahli UMNO diminta untuk menerima gabungan dalam Kerajaan Perpaduan dengan berlapang dada bagi memastikan kestabilan politik Malaysia terus terpelihara.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, gabungan tersebut perlu diterima semua pihak memandangkan politik Malaysia bersifat dinamik dan sukar untuk diramal.

“Ingatlah, kita bukan lagi sebuah parti dominan, kita tidak akan bertanding semua kerusi. Kita perlu bermuafakat dan perlu berkompromi demi membawa kemenangan kepada Kerajaan Perpaduan yang kita dukung bersama.

“Seperti yang semua maklum, kita bukan sahaja perlu memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) tetapi juga membantu rakan-rakan parti dalam gabungan kerajaan memenangi kerusi masing-masing seperti mana kita mengharapkan sokongan yang sama daripada mereka,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung Wanita UMNO 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini hari ini.

Dalam pada itu, Noraini turut mengulangi gesaan supaya UMNO segera menunaikan janji untuk memberikan kuota 30 peratus kerusi kepada calon Wanita UMNO dalam enam Pilihan Raya Negeri (PRN) selepas ini.

“Ini selari dengan tonggak penting yang dimainkan wanita dalam pembangunan negara ini. Kita mahu wanita diberikan kuota 30 peratus kerusi, dan bukan lagi sekadar janji-janji.

“Wanita tidak akan pernah jemu dengan tuntutan sehingga ia dapat dicapai. Tuntutan ini hadir bersama dengan cabaran. Adakah kita bersedia? Kita mempunyai barisan yang cukup dan memenuhi kriteria yang boleh ditonjolkan sebagai calon dan saya percaya kita boleh,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI