fbpx

Kanak-kanak jadi mangsa vape

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Subbarow menunjukkan vape perisa buah-buahan di pejabat CAP, Pulau Pinang baru-baru ini.

PETALING JAYA – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan sebilangan besar kanak-kanak mengaku menghisap vape atau rokok elektronik (e-rokok) disebabkan percaya tentang kandungan cecair di dalamnya adalah buah-buahan asli dan bukannya nikotin.

Pegawai Pendidikan CAP dan aktivis, S.V. Subbarow berkata, pihaknya telah menemu bual lebih 1,000 kanak-kanak dan hasilnya mereka mendakwa perbuatan menghisap vape bukan satu kesalahan kerana rasa vape hanya seperti makan gula-gula.

“Saya sendiri juga telah berbual dengan lebih daripada 1,000 kanak-kanak yang sudah menghisap vape dan mereka percaya perisa yang dihisap adalah perisa buah-buahan. Mereka juga sebenarnya tidak tahu mengenai nikotin.

“Kanak-kanak ini tak anggap perkara itu salah sebab sama macam mereka makan gula-gula, sebab itu ramai kanak-kanak semakin tertarik mencuba menghisap vape disebabkan rasa dan baunya yang dianggap ‘mesra kanak-kanak’,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Selain itu, Subbarow mendakwa kebanyakan kanak-kanak yang menghisap vape yang diambil daripada bapa atau abang mereka sendiri.

Hasil soal selidik yang dijalankan CAP sebelum ini, kanak-kanak berusia sembilan hingga 12 tahun mengakui bahawa mereka mencuba vape bapa semasa ia ditinggalkan di rumah atau di dalam kereta.

“Kanak-kanak ini sebenarnya bukan perokok atau penghisap vape tegar seperti kebanyakan remaja atau golongan dewasa lain, tetapi mereka ini sering curi-curi menghisap vape kepunyaan abang atau bapa,” jelasnya.

Bagaimanapun, Subbarow turut mendedahkan ada kanak-kanak yang sanggup berkongsi wang dengan rakan-rakan untuk membeli vape sendiri terutamanya yang dijual ditepi jalan.

“Sekarang ada kedai di tepi jalan yang menjual vape canggih pada harga yang murah. Penjual menerangkan kepada mereka bahawa vape hanya berperisa buah-buahan asli dan tidak mengandungi bahan-bahan terlarang lain. Percaya kepada dakwaan tersebut, kanak-kanak kanak mula membeli sendiri.

“Vape dijual di tepi jalan pada harga serendah RM10 hingga RM15 sahaja, kadang-kadang kanak-kanak ini berkongsi duit dengan kawan untuk beli satu vape.

“Dahulu kedai tepi jalan ini mereka jual gula-gula kepada kanak-kanak, tetapi sekarang mereka lebih canggih menjual vape yang menjadi perosak kepada kanak-kanak,” katanya.

Dalam pada itu, Subbarow melihat jumlah penglibatan kanak-kanak dalam penggunaan vape termasuk mengandungi nikotin amat membimbangkan.

“Setiap tahun jumlah kanak-kanak terlibat dengan penggunaan vape semakin meningkat kerana ia sudah menjadi barang istimewa dalam kalangan kanak-kanak ini.

“Mungkin sekarang jumlahnya sudah mencecah ribuan orang dan CAP percaya jika tindakan tidak ambil dengan segera, angka pengambilan vape dan e-rokok dalam kalangan kanak-kanak akan naik tiga kali ganda,” ujarnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI