fbpx
Pengurusan kanan bersama tetamu dan artis yang hadir pada majlis pelancaran kempen terbaharu Teh Yeo's di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Teh Yeo’s mahu perkukuh jenama, tawan hati generasi masa kini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Yeo’s Malaysia yang terkenal sebagai teman setia rakyat di negara ini mahu mengukuhkann lagi kedudukan jenamanya dan menjadikan ia sebagai pilihan generasi masa kini.

Pengarah Pemasarannya, Renda Low berkata, momen menikmati Teh Yeo’s yang mahu meraikan pelanggan setiap detik dalam kehidupan mereka dengan pengalaman gembira, segar dan dekat dengan jiwa.

“Kami berharap Teh Yeo’s menjadi momen magis yang menceriakan hari mereka, bila-bila masa dan di mana jua,” katanya pada majlis pelancaran kempen terbaharu yang memberi nafas baharu yang lebih segar kepada rangkaian tersebut di sini baru-baru ini.

Syarikat juga memperkenalkan wajah kempen terbaharu, iaitu Ammar Ahyan dan Emma Sofea, wajah yang tidak asing ini mewakili generasi muda, ekspresif, dan dekat dengan pengguna seusianya disebalik kempen rangkaian Teh Yeo’s ini.

Rangkaian produk tersebut terdiri daripada barisan perisa buah-buahan seperti Yeo’s White Peach Tea (Yeo’s Teh Berperisa Pic Putih), dan Yeo’s Passion Fruit (Yeo’s Teh Berperisa Buah Markisah) kepada aroma bunga jasmin melalui Yeo’s Jasmine Green Tea dan perisa klasik Yeo’s Teh Ais Lemon (Yeo’s Ice Lemon Tea).

Rangkaian Teh Yeo’s ini mencerminkan keperibadian dan mood yang pelbagai. Membolehkan pengguna  mendefinasikan personaliti melalui perbezaan perisa kegemaran mereka.

Selain itu, sebagai sebahagian daripada pelaksanaan kempen ini, Yeo’s Malaysia akan terus mengembangkan ekosistem kandungannya melalui kandungan video digital, sesi podcast, aktiviti TikTok LIVE, kerjasama bersama pempengaruh, serta detik teh berteraskan gaya hidup.

Kempen ini bertujuan untuk menjadikan Yeo’s lebih dekat kepada pengguna generasi muda, sambil meneruskan budaya masyarakat Malaysia dalam budaya pengambilan teh seharian.

“Sambutan Hari Teh Sedunia ini mengukuhkan legasi Yeo’s yang telah lama bertapak dalam menghasilkan rangkaian minuman teh, dan dedikasi dalam memperkenalkan minuman yang lebih segar dan kontemporari dalam menghubungkan setiap lapisan generasi pengemar Teh Yeo’s.

“Ia memberikan rangkaian perisa yang pelbagai, pilihan rendah gula, dalam pek mudah di bawa. Yeo’s terus menyegarkan pengalaman pengguna sesuai dengan gaya hidup moden,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN