fbpx

Penganggur ditahan samun peniaga cendol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki yang cedera dalam kejadian samun di sebuah bank di Kemayan, Bera Isnin lalu.

BERA – Polis berjaya menahan seorang penganggur kerana disyaki terlibat dalam kejadian samun di sebuah bank dekat Kemayan di sini Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu seorang peniaga cendol berusia 60 tahun yang berada di dalam bank tersebut bagi melakukan urusan transaksi memasukkan duit ke mesin deposit tunai (CDM) telah disamun oleh suspek.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir berkata, suspek yang berusia 32 tahun ditahan di Jalan Besar Simpang Bukit Mendi kira-kira pukul 11.45 pagi, hari ini.

“Polis turut merampas wang tunai sebanyak RM1,015 serta pakaian suspek iaitu sehelai ‘sweater’ berwarna hijau, sehelai seluar panjang berwarna hijau, t-shirt berwarna biru, topi berwarna merah hitam dan sepasang selipar berwarna hitam.

“Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), pakaian yang dirampas itu adalah pakaian yang dipakai suspek semasa kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hari ini Kosmo! melaporkan seorang peniaga cendol cedera di kepala akibat dipukul dalam kejadian samun di sebuah bank dekat Kemayan di sini Isnin lalu.

“Sejurus mangsa mengeluarkan wang, suspek telah mengeluarkan satu tukul besi yang disorokkan dalam baju bahagian hadapan dan bertindak menghayun senjata yang dipegang menggunakan tangan kanan ke belakang kepala mangsa.

“Apabila mangsa rebah, suspek terus merampas wang tunai berjumlah RM2,000 daripada tangan mangsa yang sedang terbaring sebelum melarikan diri,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI