fbpx

Mahkamah: Bekas pengurus didakwa lantik anak ejen kad sim pekerja asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahrizal Ridzuan (kanan) dibawa keluar dari kamar mahkamah setelah dihadapkan atas pertuduhan salah guna kuasa berhubung pembekalan kad sim kepada pekerja asing di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Bekas pengurus sebuah anak syarikat kerajaan negeri Terengganu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan menyalahguna kuasa memberi perolehan kepada anaknya pada tahun lalu.

Tertuduh, Shahrizal Ridzuan Ambak, 46, yang ketika itu merupakan Pengurus Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia Ladang Rakyat Terengganu Sdn. Bhd. membuat pengakuan tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Azhar Othman.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa menggunakan jawatannya bagi mendapat suapan dengan membekalkan kad sim telekomunikasi kepada 117 pekerja ladang warga India bernilai keseluruhan RM4,428.60.

Tertentu didakwa mempunyai kepentingan bagi urusan itu disebabkan anak lelakinya menjadi ejen pembekalan kad sim terbabit.

Perbuatan itu didakwa dilakukan Shahrizal Ridzuan di pejabat Ladang Rakyat Terengganu, Cheneh, Kemaman antara Julai sehingga September 2022.

Dia didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga RM20,000 dan denda maksimum lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Mahkamah juga menetapkan sebutan semula kes terhadap tertuduh yang diwakili peguam, Mazlan Md. Zain pada 3 Ogos depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI