fbpx

Zuraida tidak dibenar semak kehakiman iktiraf PBM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zuraida.

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin tidak dibenar oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini untuk memulakan semakan kehakiman agar Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) mengiktirafnya sebagai Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Perkara tersebut diputuskan selepas Hakim Datuk Amarjeet Singh menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu.

Hakim Amarjeet berpuas hati mahkamah tidak boleh mendengar apa-apa pertikaian berkaitan isu dalaman parti berdasarkan Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966.

Seksyen itu menyatakan, keputusan membabitkan parti adalah muktamad dan tidak boleh dicabar, dirayu atau dipersoalkan di mahkamah.

Ujar beliau, mahkamah turut terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan berhubung isu tersebut.

Dalam prosiding hari ini, peguam Mohamed Ashmeer Ashrof mewakili Zuraida manakala Peguam Persekutuan, M. Kogilambigai mewakili responden.

Zuraida, 65, selaku pemohon memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman terhadap RoS sebagai responden pada 24 Mac lalu.

Dalam permohonan tersebut, bekas Ahli Parlimen Ampang itu memohon deklarasi bahawa tindakan responden mengekalkan Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shein sebagai Presiden PBM adalah tidak sah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI