fbpx

Sekretariat Aid 4 Turkiye-Syria teruskan misi kemanusiaan kelima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan misi bantuan kelima yang berlepas ke Turkiye pagi tadi.

PETALING JAYA – Sekretariat Aid 4 Turkiye-Syria akan menghantar pasukan kelima bagi misi bantuan ke rakyat Turkiye dan Syria yang terjejas dengan gempa bumi kuat baru-baru ini.

Pengarah Aid 4 Turkiye-Syria, Yusni Mat Piah berkata, pasukan itu akan berlepas ke Turkiye pagi ini melalui kerjasama yang telah diadakan bersama badan bukan kerajaan (NGO) di sana.

Beliau yang turut serta dalam misi itu memaklumkan, fokus utama kali ini adalah sumbangan berbentuk kontena penempatan dan makanan keperluan bagi meneruskan kehidupan mereka.

“Atas semangat kebersamaan dan keprihatinan, gabungan Aid 4 Turkiye & Syria akan meneruskan lagi misi kemanusiaan untuk membantu rakyat Turkiye dan Syria.

“Pihak Aid 4 Turkiye & Syria mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang telah menyumbang bagi menjayakan misi bantuan sesi lepas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Yusni berkata, rentetan dari sumbangan yang telah diberikan pada misi pertama sehingga misi ke empat, pihaknya akan mengemaskini dan meneliti semula segala bentuk sumbangan agar ia betul-betul sampai kepada tangan yang memerlukan.

“Pihak sekretariat turut menyeru seluruh lapisan masyarakat Malaysia yang mengikuti perkembangan gempa bumi Turkiye-Syria untuk terus sama-sama bersolidariti dengan menyumbang ke tabung bantuan mangsa gempa bumi,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI