fbpx

PRN: Noh dijangka umum hala tuju politik esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Roslan (tengah) ketika sidang akhbar Pejabat Perhubungan Pas Selangor di Shah Alam, hari ini. - Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

SHAH ALAM – Hala tuju politik bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar terutama menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri ini dijangka bakal diumumkan esok.

Setiausaha Badan Perhubungan Pas negeri, Roslan Shahir Mohd. Shahir berkata, bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang akan menyertai hari pertama siri jelajah Perikatan Nasional (PN) sebagai tetamu khas di Tanjong Karang.

Katanya, jelajah itu akan turut dihadiri Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dan Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Kita akan tengok esok dan antara pengumuman penting dalam PN itu adalah oleh bekas Pengerusi UMNO negeri (Noh).

“PN selepas ini akan melaksanakan jelajah di kesemua 22 Parlimen di seluruh Selangor,” katanya pada sidang akhbar di  Pejabat Perhubungan Pas negeri di sini, hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan anak perempuan Noh antara enam nama yang dicadangkan sebagai calon PN bagi PRN akan datang.

Nurul Syaz­wani yang juga Ketua Srikandi Muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tanjong Karang itu disenaraikan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang.

Dalam pada itu, Roslan Shahir berkata, pihaknya kesal dengan tindakan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) tidak membenarkan penganjuran siri Jelajah Selangor Baharu di Padang Astaka, Tanjong Karang esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI