fbpx

Sorok gula, peniaga berhadapan denda RM1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara gula yang disorok oleh seorang peniaga di Taman Kaya, Taiping semalam.

TAIPING – Seorang peniaga berdepan denda RM1 juta di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 selepas penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) Cawangan Taiping menemui 156 kilogram (kg) gula pasir putih bertapis kasar yang tidak diistiharkan di premisnya di Taman Kaya di sini semalam.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, serbuan terhadap premis yang dilakukan pada pukul 11 pagi merupakan hasil aduan orang awam yang menyatakan peniaga itu menyorok dan mengenakan syarat untuk membeli gula.

“Satu tindakan penyamaran sebagai pembeli telah dilakukan oleh Pegawai Penguat Kuasa KPDN. Pegawai yang menyamar ini telah membeli beras dan juga telah meminta gula daripada pekerja kedai tersebut dan dia telah menyatakan bahawa gula habis.

“Sebaik mendapat maklumat berkenaan, sepasukan anggota penguat kuasa beruniform telah memasuki premis dan membuat pemeriksaan dan telah meminta peniaga melakukan pengistiharan stok di bawah Seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Hasilnya sebanyak 156kg gula pasir putih bertapis kasar yang tidak diistiharkan telah dijumpai di premis tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, Kamalludin berkata, semua barang kawalan gula berjumlah 156kg telah disita untuk siasatan lanjut dan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM446.

Beliau berkata, kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan jika sabit kesalahan seseorang selain dari badan korporat boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau tidak melebihi tiga tahun penjara atau kedua-duanya.

“Manakala bagi mana-mana badan korporat yang melakukan suatu kesalahan terhadap akta ini apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM2 juta.

“Peringatan tegas juga diberikan kepada para peniaga agar tidak mengenakan apa-apa syarat bagi pembelian barang kawalan dan tidak menyorok barang kawalan bagi mengelak dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI