fbpx
MADONNA hadir ke acara Mer Gala 2026 dengan busana berkonsep dramatik dan penuh artistik seolah-olah ahli sihir wanita bermahkotakan sebuah kapal di atas kepalanya.

Junjung ‘kapal’, Madonna si penyihir Met Gala 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RATU pop dunia, Madonna sekali lagi mencuri perhatian di karpet merah Met Gala 2026 dengan penampilan yang sarat elemen dramatik dan artistik.

Penghibur legenda itu melangkah menaiki tangga ikonik Muzium Seni Metropolitan New York dengan busana rekaan Saint Laurent sentuhan pengarah kreatifnya, Anthony Vaccarello.

Penyanyi lagu Material Girl itu menggayakan topi unik seolah-olah bermahkotakan sebuah kapal sambil diiringi enam pembantu, menjadikan penampilan serba hitam berkonsepkan si ahli sihir antara yang paling menonjol pada malam berkenaan.

Aksi barisan pengiring yang memegang kain berupa layar sepanjang berarak masuk ke lokasi acara membuatkan tumpuan ramai terarah kepadanya.

Tema Met Gala tahun ini, Fashion is Art, diilhamkan daripada pameran baharu Costume Institute bertajuk Costume Art yang berlangsung di acara tersebut.

Pameran tersebut menyentuh hubungan erat antara tubuh manusia, fesyen dan seni melalui hampir 400 koleksi yang dipertontonkan.

Menariknya, setiap rekaan dipamerkan pada patung dengan kepala keluli berkilat hasil sentuhan artis Samar Hejazi itubmembolehkan pengunjung melihat refleksi diri mereka bersama karya fesyen itu.

Terdahulu, Madonna kembali ke Met Gala tahun lalu selepas beberapa tahun tidak kelihatan berada di majlis mengumpulkan dana tersebut.

“Ketika itu, beliau memilih gaya lebih klasik dengan sut tuksedo rona krim dan putih rekaan Tom Ford sempena tema Superfine: Tailoring Black Style.

Kali ini, penghibur berusia 67 tahun itu jelas membuktikan statusnya sebagai ikon fesyen yang berani bereksperimentasi sekali gus sentiasa mencetuskan sensasi di pentas global.

Terdahulu, pada acara sama tahun 2016, busana digayakannya mencetuskan kontroversi selain dianggap sebagai fesyen terburuk sepanjang tempoh acara itu diadakan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN