fbpx

Saya bersedia bekerjasama dengan Tun Mahathir – Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin (kiri) dan Mahathir (kanan).

PETALING JAYA – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin bersedia untuk bekerjasama semula dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, kerjasama itu demi perjuangan membela agama, bangsa dan negara.

“Saya menyambut baik kenyataan Tun Dr. Mahathir yang bersedia bekerjasama dengan saya demi matlamat untuk memperjuangkan nasib orang Melayu dan Islam.

“Saya sedar perkembangan politik mutakhir ini meletakkan umat Melayu dan Islam di negara ini di suatu persimpangan yang getir.

“Maka sebagai seorang muslim, saya secara peribadi bersedia untuk bekerjasama dengan semua tokoh Melayu dan Islam termasuk Tun Dr. Mahathir,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Mahathir yang juga bekas Pengerusi Bersatu mengakui beliau kini bersedia bekerjasama dengan Muhyiddin sekiranya kedua-dua pihak mencapai matlamat yang sama.

Mahathir dipecat daripada Bersatu pada tahun 2020 selepas ‘Langkah Sheraton’ yang menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang dan digantikan dengan kerajaan PN pimpinan Muhyiddin.

Bekas Perdana Menteri itu kemudian dilantik sebagai Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) sebelum meninggalkan parti berkenaan pada Februari lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI