fbpx

UPSI, TNB meterai kerjasama bina infrastruktur dilengkapi panel solar PV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Md. Amin (lima dari kiri) menunjukkan dokumen perjanjian SARE yang dimeterai di UPSI Kampus Sultan Azlan Shah, Tanjung Malim semalam.

TANJUNG MALIM – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memeterai perjanjian Bekalan Tenaga Boleh Baharu (SARE) dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta rakan strategiknya Synergy Generated Sdn. Bhd. (SGSB) untuk membina panel solar photovoltaic (PV) di Kampus Sultan Azlan Shah.

Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff berkata, menerusi kerjasama dijalin itu, mereka memperkenalkan modul baharu iaitu pembinaan insfrastruktur yang dilengkapi dengan panel solar PV berkapasiti 3.24MWp (Megawatt peak).

“Projek solar fasa pertama di kawasan Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City ini bakal memberi maanfaat dan penjimatan sebanyak RM13.5 juta dan pengurangan pelepasan gas karbon sebanyak 56,000 tan sepanjang tempoh konsesi selama 20 tahun.

“Kerjasama ini selaras dengan hasrat UPSI yang menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). Kerjasama antara UPSI Holdings dengan SGSB ini akan mewujudkan inisiatif bertepatan dengan objektif strategik kami ke arah pembangunan kampus pintar, digital, lestari dan mesra persekitaran,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Pada masa sama, Md. Amin berkata, projek berkenaan yang menelan belanja RM7 juta dijangka siap pada Disember hadapan dan ia boleh digunakan oleh warga kampus serta mereka yang berminat.

“Kerjasama itu juga bakal membuka lebih banyak potensi penyelidikan, pemindahan teknologi dan juga peluang pekerjaan kepada graduan UPSI yang berminat menceburi bidang tenaga boleh baharu iaitu solar PV.

“UPSI juga perlu melaksanakan projek-projek yang membantu meningkatkan kelestarian kampus dan alam sekitar sekali gus meningkatkan penarafan universiti ini dalam UI Green Metric World University Ranking berkenaan inisiatif hijau”, jelasnya.

Beliau turut berkata, UPSI berada di kedudukan penarafan 132 di dunia pada 2022 dan inisiatif tersebut bakal melonjakkan kedudukan yang lebih baik pada tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI