fbpx

Penyeludup dicekup bawa 800 liter diesel dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguat kuasa KPDN memeriksa tong-tong berisi diesel di dalam sebuah kereta di Kampung Teratak Pulai, Jelawat dekat Bachok, Kelantan semalam. FOTO IHSAN KPDN

BACHOK – Cubaan seorang lelaki untuk menyeludup sebanyak 800 liter diesel yang bernilai RM1,720 menggunakan sebuah kereta gagal apabila dia dicekup di tepi jalan dekat Kampung Teratak Pulai, Jelawat di sini petang semalam.

Suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor, Tumpat dan Unit Peronda MPV Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok kira-kira pukul 6 petang.

Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, anggota penguat kuasa yang menjalankan Ops Cegah Penyelewengan Barang Kawalan melihat sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback dipandu dalam keadaan mencurigakan arah Bachok menuju ke Kota Bharu.

Menurutnya, sebelum itu, pihaknya mendapat maklumat bahawa kereta terbabit membeli diesel secara berulang di sebuah stesen minyak.

“Pemeriksaan di dalam kereta itu menemui sebanyak 800 liter diesel yang diisi di dalam tong dan kereta yang digunakan oleh suspek yang dianggarkan bernilai RM10,000 turut disita,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Azman, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI