fbpx

Piala FA: KL City bangkit kecewakan Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BINTANG import KL City, Romel Morales jadi pencetus kebangkitan pasukannya untuk tewaskan Sabah 2-1 di Stadium Likas, sebentar tadi. - MFL

KOTA KINABALU – Bintang skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara, T. Saravanan muncul wira Kuala Lumpur City ketika tewaskan Sabah 2-1 pada aksi suku akhir Piala FA di Stadium Likas, sebentar tadi.

KL City bakal bertemu Terengganu di separuh akhir dan lebih menarik aksi empat pasukan terbaik kali ini bakal mempertemukan dua jurulatih dari Croatia antara Bojan Hodak (KL City) dan Tomislav Steinbruckner (Terengganu).

Terdahulu, Sabah yang dikendalikan Datuk Ong Kim Swee bermula dengan cukup sempurna apabila terlebih dulu berada di depan seawal minit keenam menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Gabriel Peres.

Sebaliknya yang berlaku, gol berkenaan seakan membangkitkan semangat lawan dan usaha berterusan KL City akhirnya membuahkan hasil apabila Romel Morales meledak gol penyamaan pada minit ke-29.

Ketika aksi babak pertama hampir berakhir seimbang, minit ke-44, Saravanan berjaya melepasi halangan Rizal Ghazali sebelum melepaskan sepakan yang menewaskan Khairul Fahmi Che Mat di pintu gawang Sabah.

Aksi babak kedua bersambung seimbang dengan kedua-dua pasukan saling mengatur gerakan namun tiada tambahan jaringan mampu dihasilkan.

Walaupun memiliki lebih banyak peluang berkualiti, The Rhinos terpaksa akur untuk membiarkan KL City menjadi pasukan lebih berhak untuk mara ke separuh akhir sekaligus alami kekalahan sulung di Stadium Likas musim ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI