fbpx

Polis tumpas sindiket proses, edar dadah di Manjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

LUMUT – Polis menumpaskan sindiket pemprosesan dan pengedaran dadah yang aktif di daerah Manjung sejak awal tahun ini, selepas menahan lima lelaki dan menyerbu premis terbabit di Kampung Bharu di sini.

Dalam serbuan pada Selasa lalu itu, polis menahan empat lelaki berusia 23 hingga 52 tahun dalam sebuah rumah yang dijadikan pusat memproses dan membungkus dadah jenis heroin di kampung tersebut.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri, berkata susulan tangkapan itu, polis menahan seorang lagi lelaki berusia 25 tahun disyaki anggota sindiket itu di Pokok Assam, Taiping.

“Serbuan dilakukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Bukit Aman itu turut merampas dadah dipercayai heroin seberat 14.9 kilogram bernilai kira-kira RM199,727 di rumah tersebut.

“Polis juga merampas peralatan dan bahan-bahan kimia yang digunakan untuk memproses dan membungkus dadah tersebut,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mereka aktif mengedar dadah sejak awal tahun ini dan mulai berkecimpung dalam aktiviti pemprosesan dadah jenis heroin itu mulai Mac lalu.

Jelasnya, dadah yang dirampas itu dipercayai untuk edaran tempatan dan boleh digunakan untuk merosakkan 22,400 penagih dadah.

Beliau berkata, saringan air kencing mendapati kesemua mereka negatif sebarang jenis dadah tetapi empat suspek mempunyai rekod jenayah dan dadah.

Maklumnya, polis menggunakan Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan harta) 1988 bagi merampas dadah, peralatan dan bahan kimia serta menyita sebuah kenderaan bernilai RM40,000 dengan nilai keseluruhan rampasan ialah RM239,727.

Tegas beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dengan semua suspek direman tujuh hari mulai Rabu lalu sehingga Selasa depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI