fbpx

Minta bayaran mahal? Ini jawab Meerqeen…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MEERqeen mengakui hidupnya tidak terikat dengan mana-mana pantang larang namun harus berhati-hati dalam apa jua perilaku.

BARU berusia 22 tahun, kerjaya seni aktor Meerqeen boleh dikatakan berada di puncak.

Memiliki pakej lengkap, popularitinya bukan sahaja meledak di tanah air tetapi juga di negara seberang, Indonesia.

Ketika namanya meledak, dia juga tidak terlepas daripada dihambat dengan gosip cinta yang mengaitkannya dengan aktres jelita, Anna Jobling.

Seperti tidak berkesudahan, dia yang terkenal menerusi drama Melur Untuk Firdaus itu juga berkali-kali menepis soalan panas berkenaan tanpa mengiyakan mahupun menidakkan.

HIBGLAM: Sehingga hari ini Meerqeen masih dikaitkan dengan Anna Jobling. Boleh jelaskan perkara sebenar untuk meleraikan tanda tanya?                                                                                                                                              MEERQEEN: Ya, saya sedar terlalu kerap ditanya mengenai hal ini. Jawapan saya seperti sebelum ini, kami hanya kawan sesama selebriti.

Bagaimana pula dengan perkongsian sebuah video memaparkan wajah Anna dengan lagu Gadisku (nyanyian kumpulan Search) yang dimuat naik dalam TikTok anda baru-baru ini?Bagi saya, itu hanya perkongsian biasa. Semua orang boleh menggunakan lagu sama untuk video mereka begitu juga saya. Tidak semestinya apabila menggunakan lagu tersebut, kami bercinta. Saya tidak tahu pula lagu itu hanya untuk pasangan bercinta sahaja.

MEERQEEN bersyukur bukan hanya membina nama di Malaysia, namanya kini juga dikenali sampai ke Indonesia disebabkan fenomena naskhah Melur Untuk Firdaus.

Apa pendapat anda tentang ramai yang menjadikan anda selebriti idola pada usia 22 tahun?

Apabila mereka mengidolakan saya, rasanya itu perkara yang betullah. Mereka meminati saya kerana hasil kerja bukan perkara ‘kotor’ lain.
Saya pun suka apabila diidolakan sebab perkara tersebut buat lebih bersemangat untuk berikan yang terbaik kepada peminat dan juga kerja.

Kerjaya anda kini berada di puncak, adakah wujud sikap selektif dan hanya menerima bayaran tinggi untuk tawaran lakonan ketika ini?
Sejujurnya saya tidak memilih duit dalam kerja. Saya lebih mengutamakan watak dan kualiti naskhah berbanding bayaran mahal.
Walau dibayar sedikit pun, saya okey untuk terima sebab lakonan adalah jiwa saya. Jadi, tiada istilah memilih duit sebab semuanya bergantung kepada nilai karya itu sendiri.

Apabila sudah popular dan mengikat kontrak dengan beberapa jenama mewah, mungkin ada ‘pantang larang’ yang perlu diikuti termasuk juga takut mengaku bercinta?
Apabila sudah dikenali seperti hari ini, perlu ada sikap berhati-hati dalam diri. Perkara itu perlu ada dan saya juga lakukan hal sama setiap kali keluar ke tempat awam.

Boleh kongsikan tentang perkembangan terbaharu anda? adakah akan muncul dengan drama terbaharu dalam masa terdekat?
Saya kini bercuti sehingga Ogos, namun hanya untuk lakonan sahaja.
Terlalu banyak perancangan yang tergendala sebelum ini dan inilah masanya untuk saya lunaskan semua.
Insya-Allah saya akan masuk semula set penggambaran pada Ogos nanti.

IMPIAN. Meerqeen turut memasang impian untuk berlakon dalam filem atau drama genre aksi dan lari daripada kebiasaan tema percintaan lakonannya.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI