fbpx

Wanita sebak lahirkan bayi selepas 23 kali gugur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
O’Shea bersama suami dan dua anaknya. - Georgina O’Shea

DUBLIN, IRELAND – Seorang wanita di Ireland menyambut kelahiran anaknya yang kedua selepas 23 kali mengalami keguguran, lapor akhbar Daily Mirror semalam.

Georgina O’Shea melahirkan anak sulungya, Leon ketika usianya masih remaja.

Wanita yang kini berusia dalam lingkungan 30-an itu berkata, setiap kali dia hamil selepas melahirkan Leon, kandungannya gugur, menyebabkannya mengalami trauma.

Empat tahun lalu, Georgina memberitahu hos sebuah stesen radio tempatan di Cork, Ireland bahawa setiap kali dia mula hamil, dia akan dihantui  rasa takut dan bukannya kegembiraan.

“Tidak kira bagaimana sekali pun saya memikirkan bahawa saya tidak akan mengalami keguguran, ia tetap akan berlaku.

“Namun, saya tidak cemburukan wanita lain yang hamil dan mudah memiliki anak. Saya tetap berdiri teguh dan meneruskan kehidupan,” katanya kepada  stesen radio Cork’s Red FM.

Georgina kemudian pergi ke Amerika Syarikat bagi mendapatkan rawatan pakar yang memberikannya ubat dengan harapan dia dapat melahirkan anak secara normal.

Pada September tahun lepas, O’Shea sekali lagi hamil dan akhirnya melahirkan seorang bayi perempuan, Reilly, pada minggu lepas.

“Kelahiran itu penuh dengan emosi. Saya masih ingat bagaimana saya melihat suami, Ken, ketika Reilly dilahirkan dengan wajahnya dipenuhi air mata.

“Leon pula yang sememangnya mahu mempunyai seorang adik,  telah menanti selama 19 tahun. Keajaiban memang wujud,” katanya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI