fbpx

16 pasukan sertai Piala Al-Ikhsan telah ‘disaring’ – AFL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengerusi AFL, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi ditemui pada Majlis Pelancaran Logo pertandingan Piala Al-Ikhsan 2023 di Petaling Jaya, petang tadi.

PETALING JAYA – Liga Bola Sepak Amatur (AFL) mengesahkan sudah melakukan ‘saringan ketat’ terhadap 16 pasukan yang akan berentap dalam saingan Piala Al-Ikhsan yang akan bermula pada Jun hingga September depan.

Pengerusi AFL, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi berkata, Piala Al-Ikhsan yang sebelum ini dikenali sebagai Liga M4 akan membuka tirai rasmi pada 3 Jun dengan dua slot automatik ke Liga M3 akan direbut semua pasukan bertanding

Kata Mohd. Yusoff, pasukan dibahagikan kepada tiga kumpulan membabitkan tiga zon dan akan bermain dalam liga dua pusingan sebelum tiga pasukan terbaik kumpulan akan mara ke peringkat kalah mati.

“Juara dan naib juara Piala Al-Ikhsan ini akan layak untuk beraksi di Liga M3 pada musim hadapan. Kejohanan ini sebenarnya adalah nilai tambah AFL untuk memperhebatkan saingan liga amatur di negara ini.

“Saringan pasukan juga dibuat dengan ketat dan saya percaya 16 kelab yang sertai Piala Al-Ikhsan dapat memberi saingan sehingga kejohanan berakhir pada September depan,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd. Yusoff berkata, setiap pasukan yang bertanding dalam Piala Al-Ikhsan juga mendapat sokongan persatuan negeri, sekali gus membuktikan mereka serius untuk mengharungi liga pada musim ini.

“Kita juga memberi jaminan bahawa semua pasukan yang bertanding adalah profesional membabitkan kontrak dengan pemain,. sekurang-kurangnya ada tawaran antara pemain dan pasukan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI