fbpx

Motosikal terbabas, kerani maut tercampak dalam longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR SHAMILA maut di tempat kejadian selepas terbabas di selekoh jalan One Kerubong berhampiran sebuah poliklinik di Krubong, Melaka, hari ini.

MELAKA – Seorang kerani maut dalam perjalanan ke tempat kerjanya selepas motosikal ditunggangi terbabas sendiri di Jalan One Krubong, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, mangsa, Nur Shamira Fazila, 25, meninggal dunia selepas tercampak ke dalam longkang sedalam kira-kira dua meter.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Ego Avantiz dipercayai dalam perjalanan menuju ke tempat kerjanya.

Katanya, setiba di lokasi motosikal mangsa bagaimanapun telah terbabas ke tepi jalan di selekoh Jalan One Krubong berhampiran sebuah poliklinik.

“Mangsa terjatuh ke dalam longkang akibat kemalangan tersebut dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.

“Mayat mangsa telah dibawa naik oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPMA) Melaka,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tambah Christopher, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI