fbpx

Zahid tidak hormati pandangan Annuar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid.

CYBERJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berpendirian tidak akan menghormati pandangan peribadi yang dikeluarkan oleh bekas pemimpin UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

“Saya tidak akan hormat pandangan peribadi beliau,” ujarnya secara ringkas menerusi sidang media ketika menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Majlis Profesor Negara 2023 di sini hari ini.

Presiden UMNO itu berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Annuar bahawa parti berkenaan bakal ditolak oleh rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Menerusi hantaran di Facebook malam tadi, bekas ahli Parlimen Ketereh itu turut berkata, kehadiran puak sosialis, liberal dan DAP ke Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) akan mendorong jutaan rakyat termasuk ahli UMNO untuk terus meninggalkan parti tersebut.

Semalam, Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang diadakan buat julung kali di WTCKL menghimpunkan perwakilan dan pemimpin daripada 19 parti politik yang membentuk Kerajaan Perpaduan bagi membina kerjasama lebih utuh pada masa depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI