fbpx

UCL: AC Milan masih berharap, belum sedia mengaku kalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MILAN berdepan tugas berat untuk mengurangkan defisit dua gol selain memburu kemenangan pada aksi kedua sekiranya berhasrat untuk ke pentas final. – AFP

MILAN – Jurulatih AC Milan, Stefano Pioli enggan menganggap ketiadaan Rafael Leao sebagai punca utama kekalahan 0-2 kepada Inter Milan pada aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara di San Siro awal pagi semalam.

Pioli, 57, membuat keputusan tidak menyenaraikan Leao untuk perlawanan itu kerana enggan mengambil risiko terhadap kecederaan dialami pemain sayap lincah Portugal tersebut.

“Dia masih mengalami rasa tidak selesa, jadi sebab itu tidak boleh bermain. Saya percaya de­ngan pemain-pemain yang ada untuk menjalankan tugas mereka.

“Kalau kami bermain seperti biasa, kami boleh kalahkan mana-mana pasukan.

“Realitinya Inter bermain de­ngan sangat bagus terutama di separuh masa pertama dengan dua gol,” katanya.
Inter meraih dua gol awal dalam tempoh 11 minit permainan menerusi Edin Dzeko dan Henrikh Mkhitaryan masing-masing pada minit kesembilan serta 11.

Biarpun kelebihan lebih me­mihak kepada Inter, tetapi Pioli yakin Rossonerri tetap mempu­nyai peluang tersendiri dalam aksi timbal balik 17 Mei ini yang akan menyaksikan kepulangan Leao bersama pasukan.

Pengendali dari Parma itu percaya dengan kemampuan anak-anak buahnya untuk menjulang trofi Eropah buat kali kelapan sekali gus menematkan penantian 16 tahun sejak kali terakhir menjulangnya pada 2007.

“Kami mempunyai banyak peluang di separuh masa kedua. Kami perlukan lebih kualiti dan permainan yang agresif untuk perlawanan kedua nanti,” jelas­nya.

Sementara itu, pemain pertahanan Milan, Fikayo Tomori enggan mengibarkan bendera putih terlalu awal walaupun mereka tewas tiga kali berturut-turut di tangan Inter musim ini.

“Memang kecewa kerana cara kami memulakan perlawanan ini dan melepaskan dua gol awal dengan begitu mudah kepada pasukan lawan. Ia menjadikan perlawanan lebih sukar.

“Jadi, kami perlu bangkit segera dan kenal pasti kelemahan yang perlu ditingkatkan untuk aksi kedua nanti. Kami mahu ke final,” ujar bekas bek tengah Chelsea itu.

Milan perlu memberikan fokus kepada aksi menentang Spezia terlebih dahulu pada Ahad ini dalam usaha menempatkan diri di kelompok empat teratas Serie A sebelum bertemu semula Inter selepas itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI