fbpx
Gyokeres menjaringkan gol tunggal buat The Gunners pada aksi UCL, awal pagi tadi.

UCL: Arsenal janji aksi berbeza di Emirates

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MADRID – Penyerang Arsenal, Viktor Gyokeres percaya corak permainan pasukan bakal berubah pada aksi timbal balik selepas seri 1-1 menentang Atletico Madrid dalam separuh akhir pertama Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi tadi. 

Penyerang antarabangsa Sweden yang meledak gol tunggal The Gunners mengakui perlawanan tersebut berlangsung sengit dengan kedua-dua pasukan saling memberi tekanan sepanjang 90 minit.

“Pada separuh masa pertama, kami kawal permainan dengan baik. Namun, selepas waktu rehat, mereka menggandakan tekanan dan mungkin layak menjaringkan gol penyamaan.

“Secara keseluruhan, ia perlawanan sukar tetapi kita masih ada baki 90 minit perlawanan di laman sendiri nanti.

“Justeru, kita perlukan sokongan padu peminat dan aura di laman sendiri pasti berbeza. Saya harap pasukan dapat tampil lebih baik sepanjang di sana nanti,” katanya.

Sementara itu, pemain sayap Arsenal, Bukayo Saka mengakui keputusan seri bukanlah sesuatu yang memuaskan, tetapi sudah cukup untuk beri kelebihan tipis buat pasukan.

“Seri bukan keputusan yang buruk walaupun kami sentiasa mahu menang. Dengan kualiti yang pasukan ada, kami akan cuba pastikan kemenangan dapat diraih pada aksi di laman sendiri nanti,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN