fbpx

Lelaki maut ditembak miliki 21 rekod lampau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SERDANG – Seorang lelaki ditemui maut ditembak ketika dalam perjalanan ke kenderaannya berhampiran medan selera Everyday Food Court, Jalan Bandar 1, Pusat Bandar Puchong, hari ini.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A Anbalagan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang lelaki tempatan berhubung kejadian itu pada pukul 12.35 pagi.

Katanya, pengadu melihat mangsa terbaring berlumuran darah disyaki telah ditembak dan tidak sedarkan diri di lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati mangsa yang berusia 31 tahun bersama rakan-rakannya pergi makan di medan selera tersebut pada pukul 10 malam, semalam.

“Setelah selesai makan pada pukul 12.35 pagi, mangsa berjalan kaki menuju ke kenderaan dan secara tiba-tiba dipercayai mangsa ditembak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Anbalagan, hasil pemeriksaan rekod mendapati mangsa mempunyai 21 rekod jenayah antaranya pernah dihukum di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan 397 kanun yang sama.

Menurut beliau, mangsa juga pernah ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1957 (POCA) dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

“Kami masih menunggu hasil laporan bedah siasat mangsa daripada Hospital Serdang. Motif pembunuhan masih belum dapat dikenal pasti, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Justeru itu, pihak polis masih menjalankan siasatan untuk mengesan suspek dan motif kejadian,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI