fbpx

Projek tebatan banjir bernilai RM501 juta dalam pelaksanaan – MB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAN ROSDY ketika menjawab soalan lisan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Kerajaan negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang melaksanakan empat projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) bernilai RM501 juta yang telah diluluskan sejak 2017.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, antaranya adalah projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kuantan Pakej 1 iaitu menaiktaraf Sungai Belat dan membina struktur yang telah selesai kira-kira 99.7 peratus.

“Selain itu, kerja-kerja projek RTB di Pekan Fasa 2 iaitu pembinaan levee Sungai Pahang serta kerja berkaitan kini mencapai 69 peratus manakala projek RTB Sungai Semantan Temerloh Fasa 1 serta kerja berkaitan telah lapan peratus dilaksanakan.

“Projek ketiga yang telah dilaksanakan ialah projek PLSB Sungai Kuantan Pakej 3 iaitu membina ban pencegah banjir di Perkampungan Cenderawasih serta mempertingkatkan ban sedia ada di Perkampungan Sungai sap serta kerja berkaitan yang baharu tiga peratus kerja dilaksanakan,”katanya ketika menjawab soalan lisan V.Arumugam (BN-Sabai) dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, di sini, hari ini.

Wan Rosdy berkata, selain itu terdapat juga projek Tebatan Banjir yang sedang dalam peringkat rangka bentuk melibatkan kos RM168.7 juta.

“Antaranya ialah projek RTB Sungai Jelai Fasa 1 melibatkan kerja pembinaan ban tebatan banjir serta kerja berkaitan reka bentuk oleh kosultan, PLSB sungai Kuantan Pakej 2 melibatkan Sungai Pandan dan Sungai Kuantan di Bukit Rangin bagi kerja pembinaan ban tebatan banjir yang masih peringkat perolehan dan RTB Tanjung Gahai di Lipis yang bernilai RM7.7 juta kini dalam proses lantikan kontraktor,”katanya.

Dalam pada itu menjawab soalan tambahan, Wan Rosdy menjelaskan, kerajaan mengakui bahawa Pahang sentiasa dilanda banjir dan ianya sesuatu yang tidak dielakkan sekali gus menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk memohon peruntukan daripada kerajaan pusat.

“Apabila peruntukan sampai, pihak JPS akan membuat cadangan tempat yang perlu diberi keutamaan untuk dilaksana projek tebatan banjir ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI