fbpx

SOP Covid-19 Malaysia masih kekal – Dr. Zaliha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaliha (dua dari kanan) bersama pengunjung Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri di Dewan Masjid Bandar IOI, Segamat, hari ini.

SEGAMAT – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih mengekalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19 walaupun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan Covid-19 bukan lagi kecemasan kesihatan global pada Jumaat, lalu.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, KKM masih dalam peringkat perbincangan dan pemantauan secara berterusan sedang dilakukan sebelum sebarang keputusan dicapai.

“Kita akan mempertimbangkan perkara tersebut dan kita sedang melakukan perbincangan di peringkat tertinggi KKM. Buat sementara ini, kita akan teruskan SOP yang sedia ada.

“Kawalan-kawalan adalah seperti yang kita lakukan sebelum ini seperti SOP biasa itu sehinggalah kita buat keputusan muktamad. Sama ada untuk mengikut seperti mana yang disarankan oleh WHO atau sebaliknya.

“Keadaan jangkitan Covid-19 di seluruh negara masih terkawal dan perkhidmatan kesihatan serta kapasiti di hospital tidak terjejas meskipun terdapat peningkatan kes,” katanya dalam sidang akhbar ketika menghadiri Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri di Dewan Masjid Bandar IOI, di sini, hari ini.

Menurutnya, KKM masih menggalakkan pemakaian penutup muka di lokasi terbuka dan mereka yang bergejala.

“Kalau kita bekerjasama dan bertanggungjawab menjalankan kawalan kendiri penularan akan dapat dibendung,” tambahnya.

Kelmarin, Covid-19 tidak lagi dikategorikan sebagai kecemasan kesihatan global sekali gus menjadi langkah besar menuju pengakhiran wabak pandemik yang sudah membunuh lebih 6.9 juta orang, selain mengancam ekonomi dan komuniti sejagat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI