fbpx
Gambar hiasan

Ikat perut lepas Aidilfitri, guna duit raya anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Ada dalam golongan ibu bapa dikatakan tiada pilihan lain apabila terpaksa menggunakan duit raya anak-anak mereka untuk dibelanjakan sehingga hujung Mei ini.

Difahamkan, keputusan itu dibuat berikutan tarikh bayaran gaji April diawalkan lebih se­minggu sempena Aidilfitri.

Hasil temu bual Kosmo! de­ngan sebilangan mereka terdiri eksekutif swasta, pegawai dan kakitangan kerajaan mengatakan, mereka kini terdesak untuk menggunakan wang bagi menampung kos kehidupan harian termasuk perbelanjaan persekolahan anak-anak.

Seorang pegawai sebuah agensi kerajaan yang mahu dikenali sebagai Arshad, 48, berkata, dia dan isteri sudah bersepakat untuk menggunakan duit raya yang diperoleh empat anaknya berjumlah RM2,800 sementara me­nunggu gaji pada 25 Mei nanti.

Akuinya, mereka terlebih dahulu memaklumkan perkara tersebut kepada anak-anak dan ia telah mendapat persetujuan daripada mereka

“Kami tiada pilihan kedua atau ketiga, memang terpaksa guna dahulu duit raya anak-anak buat belanja walaupun nilainya jika diikutkan berbeza dua kali ganda dengan gaji yang diterima.

“Sementara tunggu gaji, memang kena ‘ikat perut’ dan makan apa patut sahaja. Duit raya yang dikumpul mereka hasil daripada pemberian nenek, saudara-mara dan rakan kami dikatakan cukup untuk menampung kami sekeluarga sehingga hujung bulan ini,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Nilai RM2,800 menyamai gaji pekerja swasta yang mempunyai kelulusan minimum sijil kemahiran tinggi dan diploma.

Sementara itu, seorang lagi pegawai pemasaran sebuah syarikat swasta yang mahu dikenali sebagai Raishah, 43, memberitahu, tiada perbezaan antara duit raya anak dan ibu bapa memandangkan ia harus dikongsi jika salah seorangnya daripada­nya berdepan kesulitan.

“Daripada hendak pinjam ah long atau rakan, lebih baik guna duit raya anak-anak yang sudah tersedia untuk kelengkapan.

“Memang setiap tahun, saya akan menggunakan duit raya mereka terlebih dahulu dan akan menggantikannya semula sebaik sahaja dapat gaji atau ansuran setiap bulan dengan memasukkan terus ke dalam akaun simpanan mereka.

“Lima anak saya masih bersekolah dan jumlah duit raya yang dikumpul tahun ini mencecah RM3,000.

“Ini belum lagi habis musim raya. Saya juga terlebih dahulu maklum kepada mereka tentang kesempitan wang dihadapi dan mereka merestuinya,” ujarnya.

Dalam pada itu, seorang lagi juruteknik kilang, Azam Hasan, 39, pula berkata, dia telah me­nyerahkan semua duit raya milik tiga anak untuk diselia isteri yang merupakan seorang suri rumah tangga.

“Duit raya itu digunakan untuk membeli barangan dapur sehingga hujung bulan ini. Jika hendak harapkan gaji bulan memang tidak cukup kerana kini hanya tinggal RM300.

“Ini kerana, duit gaji bulan April digunakan untuk belanja semasa pulang berhari raya di kampung halaman kedua-dua belah.

“Dianggarkan belanja kira-kira RM5,000 iaitu sebulan gaji sudah habis dalam tempoh dua ming­gu,” jelasnya jumlah tersebut termasuk kos upah membaiki bumbung bocor dan tandas yang rosak di rumah ibu bapanya di Kedah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN