fbpx

Penumpang letak kaki pada penyandar kepala dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penumpang itu meletakkan kakinya yang berbau di atas tempat duduk di hadapannya. - Reddit

BANDAR RAYA NEW YORK – Seorang penumpang sebuah pesawat dikecam selepas gambar dia meletakkan kaki di atas tempat duduk di hadapannya tular di media sosial, lapor akhbar New York Post semalam.

Gambar itu dimuat naik dalam akaun Reddit @seefooddiet2200.

Penumpang yang tidak bertimbang rasa itu didapati meletakkan kakinya yang dipakaikan stokin pada penyandar kepala tempat duduk di hadapannya. 

Lebih memburukkan keadaan apabila lubang udara berdekatan tempat duduk itu bertiup tepat di atas kakinya yang berpotensi menyebarkan bau busuk ke seluruh pesawat.

Hantaran itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Saya akan menjadi orang yang memberitahunya bahawa kakinya berbau dan meminta dia menurunkannya demi semua orang,” kata seorang netizen.

“Ramai yang tidak tahu bagaimana untuk berkelakuan di khalayak ramai dan mereka juga tidak tahu tingkah laku mereka memberi kesan kepada orang di sekeliling. Hanya mementingkan diri sendiri,” komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI