fbpx

Cuaca panas: Tiada permohonan tutup sekolah – KPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hui Ying (tiga dari kanan) melihat sesi pembelajaran di SK Taman Rakyat, Alor Setar, Kedah hari ini. Foto oleh SHAHIR NOORDIN/ KOSMO!

ALOR SETAR – Kementerian Pendidikan (KPM) setakat ini tidak menerima sebarang permohonan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk menutup mana-mana sekolah susulan keadaan cuaca panas pada ketika ini.

Timbalan Menterinya, Lim Hui Ying berkata, pihak JPN bagaimanapun diminta supaya terus peka dengan memantau keadaan cuaca setiap hari.

Katanya, JPN boleh menutup sekolah sekiranya suhu mencecah 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut bagi menjamin keselamatan warga sekolah terutama kalangan murid.

“Kita mesti berhati-hati dan pantau setiap hari. Di Kedah ini pagi panas tetapi hujan pada sebelah petang, jadi harap ia dapat kurangkan sedikit haba.

“Haba memang hangat, jadi kita nasihatkan guru dan murid-murid agar minum banyak air dan kurangkan aktiviti luar,” katanya pada sidang akhbar ketika melakukan lawatan kerja rasmi di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Rakyat, di sini hari ini.

Dalam lawatan kerjanya itu, Hui Ying mengumumkan peruntukan pembaikan dan penyelenggaraan masing-masing RM200,000 kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Peng Min dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Barathy serta masing-masing RM150,000 kepada SK Taman Rakyat dan SJKC Keat Hwa S.

Kata beliau lagi, pihak sekolah juga diminta tidak menjalankan aktiviti luar bilik darjah termasuk sukan tahunan buat sementara waktu sepanjang cuaca panas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI