fbpx

39 individu cedera akibat main mercun di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menerima laporan seramai 39 individu di negeri ini cedera akibat bermain mercun bermula 25 Mac lalu sehingga hari ini.

Pengarahnya, Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 23 kes pesakit dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut selepas mengalami kecederaan apabila memerlukan pemantauan rapi.

Menurutnya, 14 lagi mangsa dirawat sebagai pesakit luar dan mengalami kecederaan yang tidak serius melibatkan patah jari tangan dan melecur pada beberapa bahagian badan termasuk muka dan mata.

“Dua mangsa telah dirujuk kepada pakar perubatan selepas mengalami kecederaan serius,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zaini memberitahu, kebanyakan kes kecederaan berkait dengan aktiviti bermain mercun melibatkan golongan kanak-kanak berusia antara sembilan hingga 10 tahun.

Katanya, JKNK memandang serius terhadap peningkatan insiden kecederaan akibat bermain mercun di negeri ini dan menasihatkan supaya ibu bapa mengawasi anak-anak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI