fbpx

Wabak batuk kokol boleh membawa maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Batuk kokol atau pertussis boleh mengakibatkan radang paru-paru, otak dan sawan dan mudah berjangkit serta boleh membawa maut.

Menurut pakar kesihatan, Doktor Samhan, batuk kokol merupakan penyakit pernafasan yang sangat mudah berjangkit melalui hidung dan juga kerongkong.

Dalam kebanyakan kes, batuk kering ini sering disamakan dengan batuk kering yang diikuti dengan bunyi yang nyaring ketika menarik nafas.

“Bunyi seperti ‘whoop’ ketika menarik nafas, antara ciri batuk kokol,” katanya.

Batuk kokol ini sangat mudah merebak dan boleh dihalang melalui pengambilan vaksin seperti  DTAP dan TDAP terutama di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa.

Doktor Samhan juga turut menasihatkan orang awam untuk sentiasa berhati-hati dengan wabak batuk kokol ini.

Perkongsian itu menjadi tular di aplikasi TikTok dengan tontonan sebanyak 182,000, 9,014 tanda suka dan 178 komen.

Sebelum ini, media pernah melaporkan satu kes kematian direkodkan membabitkan kes pertussis atau wabak batuk kokol di Sabah. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI