fbpx

Perodua Alza hilang dijumpai terbakar dalam kebun getah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menjalankan siasatan terhadap sebuah MPV jenis Perodua Alza yang dijumpai terbakar di Kampung Belukar, Pulai Chondong dekat Machang semalam. FOTO IHSAN BOMBA

MACHANG – Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza yang dilaporkan hilang di Pasir Puteh Ahad lalu ditemui terbakar di dalam kawasan kebun getah di Kampung Belukar, Pulai Chondong di sini semalam.

Kejadian itu disedari oleh penduduk kampung berkenaan kira-kira pukul 9.40 malam selepas melihat api dan kepulan asap dari kebun getah tersebut.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, siasatan mendapati MPV terbabit dipercayai dibakar di tepi jalan ke kebun getah.

Menurutnya, pemeriksaan di lokasi kejadian tidak menemui sebarang bukti yang boleh dikaitkan dengan kejadian itu apabila kawasan berkenaan dipenuhi semak samun.

“Semakan terhadap MPV itu mendapati kenderaan terbabit dilaporkan hilang di Selising, Pasir Puteh pada Ahad lalu. Kehilangan kenderaan itu disiasat mengikut Seksyen 457/379A Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd.Adli memberitahu, pihaknya mendapat bantuan pasukan forensik dan bomba untuk melakukan pemeriksaan terhadap MPV itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI