PERKHIDMATAN e-hailing antara sektor ekonomi gig di negara ini selain p-hailing. – GAMBAR HIASAN

Jadi rider hanya sambilan, bukan tetap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ekonomi gig tidak sesuai untuk dijadikan sebagai pekerjaan tetap terutama kepada golongan muda dalam tempoh panjang, sebaliknya sektor itu cukup sekadar mengisi masa terluang.

Ahli Akademik, Prof. Madya Ts. Dr. Anuar Shah Mohamed berkata, menjadi satu kerugian kepada negara apabila graduan profesional memilih untuk be­kerja selamanya dalam ekonomi gig disebabkan selesa memiliki masa fleksibel sebagai rider.

“Kenapa rugi? Ini kerana mereka yang memiliki akademik bagus terutama bidang profesional berpotensi untuk pergi lebih jauh dalam kerjaya berdasarkan pencapaian akademik mereka.

“Jika terus-terusan kekal sebagai rider, maknanya ilmu yang dipelajari di universiti tidak dapat dikembangkan.

“Mungkin ketika ini situasi ekonomi tidak sebagaimana yang diharapkan dan kerja sebagai rider adalah satu usaha sementara untuk elak daripada menjadi penganggur,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Beliau berpandangan tidak salah menyertai ekonomi gig dengan niat mahu mengumpul simpanan untuk digunakan bagi meningkatkan pencapaian akademik terutamanya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang belum berkesempatan menyambut pengajian.

Bagaimanapun, katanya, jika berhasrat menjadi rider sehingga usia tua, maka pada ketika itu beliau melihat ia mungkin membataskan bakat yang ada kepada individu tersebut.

“Di usia yang meningkat juga berkemungkinan kehidupan ri­der akan lebih mencabar dari segi kemampuan badan untuk bekerja dalam tempoh lama.

“Jika di usia muda mampu bekerja sehingga 10 hingga 12 jam sehari, namun pada usia yang lebih lanjut, ketahanan tubuh badan sudah berkurangan.

“Sebab tu kerjaya ini boleh disifatkan sebagai mengumpulkan duit simpanan dan seterus­nya menjadi batu loncatan untuk pergi lebih jauh dalam karier profesional lain,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN