fbpx

Kes denggi di Ipoh meningkat 266 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH – Kes demam denggi di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) masih menunjukkan peningkatan dengan 472 kes dilaporkan sehingga 22 April lalu.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, ia merupakan peningkatan sebanyak 265.9 peratus berbanding 129 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

“Sehingga 26 April lalu, terdapat lima lokaliti wabak denggi dikesan iaitu Halaman Meru Permai yang mencatatkan tiga kes, Taman Maxwell (lapan kes), Kg. Baru Tambun (dua kes), Taman Kinta Mas (dua kes) dan Taman Camay (tiga kes).

“Bagi wabak tidak terkawal pula, terdapat empat lokaliti dikenal pasti iaitu Halaman Ampang Mewah (15 kes), Kg. Dato’ Ahmad Said Tambahan 2 (tujuh kes), Taman Cempaka (tujuh kes) dan Kg. Manjoi (11 kes),” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Mesyuarat Penuh Majlis Bulan April di Dewan Mesyuarat MBI, di sini hari ini.

Beliau berkata, melalui Pelan Tindakan Pencegahan dan Kawalan Denggi di kawasan pentadbiran MBI serta aktiviti pencegahan serta kawalan dengan kerjasama dari semua pihak, bilangan lokaliti wabak dapat dikurangkan sejak dua minggu lalu.

“Kerjasama dari semua pihak dalam memastikan aktiviti pemusnahan tempat pembiakan aedes di dalam dan di persekitaran rumah amat diperlukan bagi membendung penularan wabak denggi.

“Orang ramai dinasihatkan meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit setiap minggu untuk melakukan aktiviti pemeriksaan dan pemusnahan tempat pembiakan nyamuk aedes di kawasan kediaman masing-masing,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI