fbpx

Paip bocor, jalan mendap di Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LALUAN Jalan Tun Hamzah menghala ke Bukit Katil, Melaka ditutup sementara bagi kerja-kerja pembaikan paip yang menyebabkan mendapan seluas 25 meter persegi.

MELAKA – Jalan Tun Hamzah menghala ke Bukit Katil berhampiran Taman Ozana Impian di sini ditutup sementara waktu susulan berlaku mendapan tanah seluas 25 meter persegi di laluan itu, tengah malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Melaka, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, kejadian itu berpunca daripada kebocoran paip bawah tanah.

Keadaan kerosakan jalan yang berkaku di Jalan Tun Hamzah menghala ke Bukit Katil, Melaka.

“Laporan dikeluarkan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) mengesahkan mendapan sedalam lima meter ini berpunca daripada regangan paip bawah tanah sekali gus menyebabkan berlakunya tekanan air.

“Kita terpaksa menutup sementara laluan sejauh 1.2 kilometer bermula pukul 2 pagi tadi kerana dikhuatiri mendatangkan risiko pada struktur jalan dan keselamatan pengguna jalan raya,” katanya pada sidang akhbar selepas melakukan tinjauan di lokasi kejadian.

Katanya, kerja-kerja penyambungan paip sedang dilakukan dan dijamin akan selesai dalam tempoh 36 jam.

“Kejadian ini turut menjejaskan bekalan air kepada kepada 200 kediaman di fasa tiga perumahan di Taman Ozana, namun kerja-kerja baik pulih sedang dibuat dan jalan ini akan dibuka semula kepada orang awam selewat-lewatnya pukul 12 tengah malam esok.

“Kita mahu kerja baik pulih itu dilakukan dengan lebih teliti selain mengambil sedikit masa kerana kita tidak mahu ambil risiko melaksanakannya dengan segera,” katanya.

Terdahulu, JKR Melaka Tengah menerusi akaun rasmi Facebook turut memaklumkan, penutupan sementara Jalan Tun Hamzah menghala ke Bukit Katil untuk kerja-kerja pembaikan paip sesalur utama bersaiz 400 millimeter jenis mild steel. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI