fbpx
Gambar janaan AI kanak-kanak mengambil bola dalam longkang ketika hujan.

Ibu bapa di tempat kerja, anak main bola dalam hujan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Dua kejadian tragis dalam tempoh minggu yang sama iaitu dua kanak-kanak mati lemas selepas terjatuh longkang ketika mengambil bola dan seorang gadis berusia 19 tahun ditikam 61 kali seharusnya menjadi tamparan hebat kepada masyarakat.

Kedua-dua kes ini mungkin berbeza dari segi situasi, namun berkongsi satu titik persamaan iaitu kelalaian, sama ada dari sudut pengawasan atau kesedaran terhadap risiko.

Dalam kes dua kanak-kanak lemas, ia membuka mata tentang bahaya yang sering dipandang remeh, bermain di luar ketika hujan tanpa pemantauan orang dewasa.

Cuaca di negara kita kini semakin tidak menentu khususnya pada waktu petang.

Hujan lebat dan ribut petir dalam masa singkat mampu menukar longkang kecil menjadi aliran deras yang meragut nyawa.

Realiti itu sebenarnya berlaku di banyak kawasan kediaman flat. Selepas hujan lebat mereka akan ke longkang atau parit untuk memancing, itu juga bahaya perlu dipantau.

Namun, berapa ramai ibu bapa benar-benar mengambil berat soal ini? Atau kita terlalu selesa menganggap anak-anak tahu menjaga diri ketika kita di tempat kerja?

Hakikatnya, ramai kanak-kanak dibiarkan bermain di taman permainan atau kawasan terbuka ketika ibu bapa masih belum pulang ke rumah.

Tanpa pemantauan, risiko menjadi berganda, tergelincir, terjatuh ke dalam longkang, atau dihanyutkan arus deras yang tidak disangka.

Bola yang jatuh ke dalam longkang mungkin nampak perkara kecil, tetapi bagi seorang kanak-kanak, ia adalah sesuatu yang perlu dikejar tanpa memikirkan bahaya.

Di sinilah pentingnya peranan ibu bapa dalam menetapkan batas dan memberi peringatan yang jelas tentang risiko, khususnya dalam keadaan cuaca buruk.

Dalam masa sama, kes gadis yang menjadi mangsa tikaman pula membawa satu lagi dimensi kebimbangan yang semakin menghantui ibu bapa hari ini.

Anak-anak, khususnya yang belajar jauh dari keluarga, semakin terdedah kepada pergaulan bebas tanpa pemantauan rapi. Mereka keluar bersama individu yang baru dikenali, tanpa kita tahu latar belakang sebenar, emosi atau niat seseorang itu.

Setiap kejadian seperti ini meninggalkan luka yang tidak akan sembuh, bukan sahaja kepada keluarga mangsa, tetapi juga kepada masyarakat yang mula hidup dalam kebimbangan.

Sudah tiba masanya kita berhenti memandang tragedi sebagai berita semata-mata, sebaliknya menjadikannya peringatan bahawa keselamatan anak-anak bukan tanggungjawab bermusim, tetapi amanah yang perlu dijaga setiap masa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN