fbpx

Kuala Terengganu, Pasir Mas antara daerah panas hingga 37 darjah Celsius

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan status cuaca panas tahap berjaga-jaga melibatkan enam kawasan di Semenanjung.

Menurut satu hantaran di Facebook, MetMalaysia memaklumkan kawasan tersebut ialah di Kuala Terengganu, Dungun, Jeli, Kuala Krai, Pasir Mas dan Tanah Merah.

Katanya, tahap berjaga-jaga ialah suhu maksimum harian mencecah 35 hingga 37 darjah Celcius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut

“Sementara itu, terdapat satu kawasan di Sabah berada pada Tahap satu (Berjaga-Jaga) iaitu di Nabawan, Pedalaman.

“Selain itu, kawasan di Sarawak pula kini di dalam pemantauan,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI