fbpx

Bakar mercun di MRR2 untuk ‘review’ pada pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang tular tindakan seorang lelaki membakar mercun di Lebuh Raya Lingkaran Tengah (MRR2) berhadapan Petronas Lotus Ampang, Ampang, kelmarin.

AMPANG JAYA – Tindakan seorang lelaki membakar mercun di Lebuh Raya Lingkaran Tengah (MRR2) berhadapan Petronas Lotus Ampang mengundang padah apabila dia ditangkap sepasukan polis malam semalam.

Suspek yang ditahan memberitahu, dia membakar mercun jenis cake (138 shot) di lokasi tersebut kerana diminta oleh pelanggan premis jualan milik kawannya di situ.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pengadu membuat laporan polis selepas melihat kejadian itu yang tular di aplikasi Twitter sekitar pukul 4.20 petang semalam.

“Ekoran itu, sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Ampang telah menahan suspek yang juga lelaki Melayu berusia 35 tahun di tepi Jalan Dagang di sini sekitar pukul 10 malam.

“Suspek yang bekerja sebagai pemandu lori berkata dia membakar mercun tersebut kerana diminta oleh pelanggan premis milik kawannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Farouk, suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau dan ujian air kencing negatif dari sebarang jenis dadah.

Tambahnya, suspek telah dibawa ke Mahkamah Ampang hari ini dan dibenarkan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama 4 hari sehingga Rabu ini.

“Kes disiasat bawah Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957. Seksyen 6 Akta Bahan Letupan, Seksyen 3(5) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955, Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957 dan Seksyen 3(5) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

“Pihak polis memberikan amaran dan nasihat kepada orang ramai supaya tidak terlibat dalam apa apa perbuatan menggunakan bahan letupan membahayakan nyawa atau kerosakan atau kecederaan,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan tindakan seorang lelaki dirakam orang ramai membakar mercun di lokasi kejadian malam kelmarin menerima banyak kecaman dan menyifatkan tindakannya keterlaluan.

Melihat kepada rakaman yang dimuat naik itu, terdapat asap tebal terhasil daripada letupan bunga api tersebut dan situasi itu berisiko menyebabkan kemalangan pengguna jalan raya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI