fbpx
Zurina menunjukkan nasi lemak yang dijual pada harga RM1 di Rembau semalam.

Nasi lemak harga RM1 ada di Rembau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

REMBAU – Seorang peniaga masih mengekalkan jualan nasi lemaknya pada harga RM1 sejak setahun lalu kerana tidak mahu membebankan pelanggan setia­nya di pekan Rembau di sini.

Zurina Zulkaply, 58 berkata, dia sebelum ini bekerja di sebuah kilang di ­Seremban mencuba menjual pelbagai jenis produk serta makanan bermula dengan tudung selepas mengambil Skim Pemisah Sukarela (VSS) pada tahun 2009.

Menurutnya, kira-kira setahun lalu, dia mengambil keputusan menetap di kampung bagi menemani ibunya yang sudah uzur dan terfikir untuk menjual nasi lemak pada harga RM1.

“Saya terfikir nasi lemak sebab saya memang dah biasa meniaga nasi lemak berharga RM3 di Se­remban. Bila di kampung, saya tetapkan harga RM1,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Ujarnya, jualan nasi lemak itu mendapat sambutan menggalakkan sehingga pernah dijual kira-kira 200 bungkus sehari.

Katanya, dia kini hanya menyediakan sekitar 150 bungkus nasi lemak sehari menggunakan enam kilogram beras dan turut menerima tempahan pukal.

“Biasanya saya terima tempahan waktu kenduri dan juga hari raya. Hari Raya Aidilfitri lalu tempahan mencecah 1,000 bungkus,” katanya.

Menurutnya, dia buat masa ini tidak berhajat untuk menaikkan harga jualan kerana masih mendapat keuntungan kecil dari jualan nasi lemak RM1.

Bagaimanapun menurutnya, jika sebelum ini, dia mampu menyediakan hidangan berkenaan lengkap dengan timun serta kacang, kini hanya nasi lemak, telur serta sambal ikan bilis.

“Saya terpaksa buat begini sebab kos makin meningkat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN