fbpx

UAE sambut Aidilfitri 22 April depan jika ikut kriteria Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TARIKH sebenar 1 Syawal 1444 hanya akan diketahui menerusi pengisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-Raja pada pukul 8 malam ini. - Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Penetapan tarikh awal bulan Hijrah di setiap negara adalah berbeza-beza kerana konsep matla’ atau tempat terbit anak bulan yang amat berlainan di seluruh dunia.

Menurut pakar falak tanah air, Datuk Dr. Azhari Mohamed, tiada matla’ universal atau bersifat seragam antarabangsa dan ia menjadi punca tarikh Aidilfitri juga tidak sama.

“Kita cuma boleh terima pakai hasil cerapan hilal dengan matla’ di negara kita dan bukan hasil keputusan rukyah di negara lain apatah lagi yang nun jauh di tanah Arab,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan berita yang tular dari Pusat Astronomi Antarabangsa (IAC) di Emiriah Arab Bersatu (UAE) kononnya Hari Raya Puasa kali ini disambut pada 21 April dan bukannya 22 April.

Mengulas lanjut, Azhari yang juga bekas panel pakar falak rujuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata, pandangan IAC juga bukanlah pendirian sebenar kerajaan UAE.

“Malah, saya jangka UAE pun beraya pada 22 April nanti kerana syarat kenampakan hilal Syawal tidak dipenuhi berdasarkan kriteria imkanur rukyah diamalkan Malaysia.

“Jadi, saya tidak bersetuju gesaan segelintir pihak di negara ini mahu Jakim mengkaji semula kaedah hisab imkanur rukyah agar kena disejajarkan pula dengan IAC,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI