fbpx

UCL: Rudiger beri amaran Chelsea sukar dijangka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REAL terdesak untuk meneruskan kemaraan dan mempertahankan gelaran Liga Juara-Juara selepas gagal menyerlah pada saingan La Liga. – AFP

MADRID – Pemain pertahanan Real Madrid, Antonio Rudiger percaya bahawa bekas pasukannya, Chelsea sudah mengalami perubahan yang sangat ketara selepas dia berhijrah musim panas lalu.

Pemain bek tengah dari Jerman itu menyertai Real Madrid dengan kontrak selama lima tahun dan menjadi tonggak penting skuad kendalian Carlo Ancelotti itu sepanjang musim ini.

Awal pagi esok menyaksikan Rudiger akan kembali ke Stamford Bridge buat kali pertama selepas berhijrah untuk bersama Real menentang The Blues pada aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara.

Musim ini menyaksikan Chelsea di bawah pemilik baharu, Todd Boehly telah mengeluarkan perbelanjaan mega dengan membawa masuk pemain-pemain baharu, namun prestasi mereka gagal menyerlah menyebabkan dua pengurus, Thomas Tuchel dan Graham Potter menjadi mangsa dipecat.

“Mereka telah melalui proses perubahan yang banyak, saya tidak tahu apa yang boleh dijangkakan. Mereka bukan lagi sebuah pasukan yang saya pernah ber­aksi sebelum ini.

“Saya menjangkakan kualiti kerana mereka memiliki ramai pemain yang hebat dan saya tidak tahu apa lagi yang boleh dijangka. Ia tidak akan menjadi perlawanan yang mudah, tetapi kami adalah Real Madrid,” jelasnya.

Musim ini menyaksikan Real juga berdepan kesukaran untuk mencapai standard yang me­reka letakkan sebelum ini apabila ketinggalan 12 mata di belakang Barcelona pada aksi La Liga menyebabkan mereka terdesak untuk mempertahankan kejuaraan di Liga Juara-Juara. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`. This does not appear to be a valid RSS or Atom feed.