fbpx

Jahidah mungkin perlu naik ambulans ke mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAUZIAH menguruskan kakaknya yang koma selepas sejak tahun 2021.

SEREMBAN – Keluarga mangsa keganasan rumah tangga, Jahidah Nordin sedang mempertimbang untuk membawa wanita itu ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru bagi prosiding perbicaraan yang dijangka berlangsung dalam masa terdekat.

Adiknya, Fauziah, 41, berkata, setakat ini, keluarganya masih menunggu tarikh perbicaraan daripada pihak Timbalan Pendakwa Raya yang mengendalikan kes tersebut.

“Pihak Timbalan Pendakwa Raya telah menghubungi adik saya (Fazariah) dan bertanyakan sekiranya kakak Jahidah boleh dibawa ketika perbicaraan kes (nanti).

“Dijangka tarikh perbicaraan dalam masa terdekat dan pihak Timbalan Pendakwa Raya akan memaklumkan kepada pegawai penyiasat,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Fauziah berkata, sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Dana Kita menyatakan hasrat untuk membantu menyediakan perkhidmatan ambulans bagi membawa Jahidah ke mahkamah di Johor Bahru.

“Fazariah ada membuat hantaran di Facebooknya memerlukan ambulans untuk membawa kakak Jahidah ke mahkamah, selepas itu ramai yang tag Dana Kita.

“Alhamdulillah rezeki kakak Jahidah, mereka (NGO) sudi membantu menyediakan per­khidmatan ambulans dan jika perlu bermalam mereka juga akan uruskan,” katanya.

Jelas Fauziah, pengasas Dana Kita, Mohd. Fadli Salleh atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fadli menghubungi Fazariah, 40, bagi memaklumkan mengenai bantuan tersebut.

Mohd. Fadli dalam hantaran di Facebook memaklumkan Dana Kita akan membantu Jahidah walaupun NGO itu berpangkalan di Gombak, Selangor.

“Biarpun jauh, kami akan hantar pasukan untuk ambil dan hantar kakak Jahidah sepanjang sesi mahkamah berlangsung. Kes ini menggemparkan negara suatu ketika dahulu.

“Sebelum ini kami tak mampu bantu apa-apa kerana bukan dalam bidang kuasa. Namun sebaik kami diperlukan, kami akan cuba sebaik mungkin. Insya-Allah, Dana Kita akan beri perkhidmatan secara percuma,” katanya.

Kosmo! sebelum ini melapor­kan pada 4 Mei 2021, Jahidah yang menetap di Johor Bahru koma disebabkan kecederaan parah pada kepala dengan tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak dipercayai dipukul suaminya.

Jahidah pada mulanya dima­sukkan ke Unit Rawatan Rapi (Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan kemudian dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja’afar atas permintaan keluarga dan nasihat pihak hospital.

Jahidah yang koma sejak kejadian itu selamat melahirkan bayi lelaki iaitu Eshan Nufail secara pembedahan pada 30 November 2021.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI