fbpx

Berhijrah ke liga luar negara belum tentu bagus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tunku Ismail

PEMILIK kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berpandangan tidak semua pemain yang berhijrah ke liga luar negara membawa pulang hasil yang berkua­liti buat bola sepak tempatan.

Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) berkata, beberapa bukti jelas menyaksikan pemain hanya berhijrah sekadar mencari pengalaman tetapi tidak memberikan impak diharapkan.

Kata Tunku Ismail, penyokong perlu melihat tahap kualiti pasukan dan liga pemain itu sebelum memuji keputusan mereka untuk berhijrah.

“Saya bagi contoh, Titus James (Palani) main di Perancis begitu lama dan apa sumba­ngan kepada pasukan kebangsaan, sama juga dengan Luqman Hakim Shamsudin.

“Sekarang kesian juga saya tengok kerana dia (Luqman) adalah pemain baik, sikap baik tetapi kualiti perlawanan, minit atau peluang di Eropah, Korea Selatan atau Jepun bukan senang.

“Jika tengok Hadi Fayyadh, pergi Jepun tapi sekarang main dengan Perak FC. Sama juga Wan Zack Haikal (Wan Noor) atau pertahanan kiri, Nazirul Naim (Che Hashim).

“Tak semestinya main di luar sahaja bagus. Pandangan saya, saya tidak setuju pendapat itu.

‘Bukan sahaja saya, anda boleh tanya jurulatih dan orang yang berada dalam industri bola sepak negara,” katanya pada laman Johor Southern Tigers.

Sebelum ini, ramai pihak minat untuk menyaksikan kelibat Pemain Paling Bernilai Liga Malaysia (Liga M) musim 2021 dan 2022, Arif Aiman Hanapi yang juga bintang JDT berhijrah ke luar negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI